My Podium

Sunday, May 25, 2008

Politik feudal

(1)
Pentas politik negara ibarat dilanda taufan Nargis apabila Dr. Mmengumumkan keluar UMNO. Dia bukan sekadar keluar UMNO, tetapi jugamenyeru ahli-ahli UMNO lain mengikut jejaknya.Keesokannya Pak Lah panggil persidangan tergempar ahli-ahli parlimenUMNO semasa sidang parlimen berehat pada pukul 2pm. Khabarnya, seluruhahli-ahli parlimen UMNO setia dengan parti. Cuma ahli parlimen Jerlunsahaja yang mahu Pak Lah meletakkan jawatan. Tetapi beliau juga mahukekal setia dalam UMNO.Saya sedih dengan politik orang-orang Melayu. Pertamanya, orang-orangMelayu kurang ada kemahiran bermuafakat. Budaya politik orang-orangMelayu masih bersifat feudal. Kalau kamu bukan penyokong, maka kamuadalah musuh. Kalau kamu adalah musuh, kamu mesti dihukum.Satu-satunya cara untuk kamu keluar dari hukuman itu ialah dengan mengaku kalah, mengaku bersalah, dan menyerah diri. Itupun kalau mujur.Maka itu, sekian lama kita melihat episod penghukuman politik berlakudi kalangan aktor-aktor politik Melayu. Pemimpin pembangkangdipenjara. Kontraktor disenaraihitamkan. Bantuan kepada negeri tertentu disekat. Penjawat awam ditukar dan diberhentikan. Para imamdipecat.Ini semua adalah episod-episod duka politik orang Melayu. Kita mengaku hidup dalam sebuah negara demokrasi, tetapi budaya dan pemikiranpolitik kita masih amat feudal dan primitif.Politik feudal menjadikan penguasa ditakuti. Kuasa ditumpukan kepadabeberapa individu pemimpin. Hegemoni kuasa mengongkong segalanya.Bantahan dianggap penderhakaan. Perbezaan dianggap permusuhan.Kekuatan melahirkan keangkuhan dan salahguna kuasa. Mereka yang lemah jadi terus takut, putus harap dan tertindas.Yang paling penting ialah orang-orang Melayu perlu keluar dari budaya politik feudal ini terlebih dahulu.

(2)
Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak adapilihan selain menunaikan segala janjinya. Kalau janji tidak ditunai,bagaimana mahu menghadap rakyat dalam pilihanraya akan datang.Pun begitu, ini tidak bermakna pimpinan kerajaan negeri mesti langsung hilang pertimbangan dan kebijaksanaan di dalam menentukan keutamaanperbelanjaan negeri. Rakyat tentunya maklum bahawa pentadbiran sekarang bergerak dengan belanjawan yang telah dibentangkan pada bulan November tahun lepas oleh pemimpin BN. Maka, tentulah tidak munasabahuntuk melaksanakan manifesto sepenuhnya pada tahun ini memandangkan bukan sahaja belanjawan lepas tidak mengambil kira keperluan perbelanjaan manifesto tersebut, malahan peruntukan perbelanjaan yangsedia ada juga sudah banyak yang dihabiskan dalam tempoh 3 bulanpertama tahun ini oleh pentadbiran kerajaan negeri yang lepas.Dalam kata lain, rakyat perlu menunggu sehingga belanjawan baru dibentangkan pada hujung tahun ini untuk menikmati lebih banyak tawaran manifesto ditunaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Itupun, perlaksanaannya sudah pasti akan dibuat secara berperingkat juga memandangkan tempoh pentadbiran biasanya adalahempat atau lima tahun.Bagaimanapun, kerajaan negeri sudahpun mengumumkan untuk melaksanakansebahagian tawaran manifesto tersebut tahun ini. Selain air percuma untuk 20 meter padu pertama, bantuan RM1,000 juga akan diberi kepadapelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang mendapat tawaran keIPT. Saya difahamkan bantuan ini akan diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan sederhana dan mungkin juga secara keseluruhan padatahun-tahun yang akan datang. Penurunan cukai pintu sebanyak 20%bagaimanapun terpaksa ditangguhkan. Anehnya, kerajaan persekutuan, melalui kenyataan seorang menterinya diParlimen, khabarnya mahu menyekat kerajaan negeri Selangor dari memberikan air percuma kepada rakyat dengan alasan kerajaan negeri tidak ada kuasa mengubah kadar tarif air tanpa kebenaran dari KerajaanPersekutuan. Padahal, Menteri Besar Selangor telahpun menjelaskan bahawa Syabas mengaut keuntungan yang terlalu besar dalam perjanjian konsesi air dan keuntungan tersebut wajar untuk dikongsi dengan rakyatnegeri ini.

(3)
Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dilapurkan sebagai mengkritik tindakan kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan keranabertindak memboikot akhbar Utusan Malaysia. Menurutnya, tindakan tersebut menggambarkan bahawa pimpinan kerajaan Pakatan tidak bersediamendengar dan menerima akhbar yang tidak sehaluan dengan polisi danpendirian politik mereka. Hanipa mahu pimpinan kerajaan Pakatan menerima media seadanya, tanpa ada gangguan dan tekanan politikterhadap apa juga bentuk pendekatan dan lapuran media.Dari satu segi ada juga meritnya pandangan tersebut. Tetapi, dariperspektif yang lebih besar saya bersetuju dengan tindakan memboikot akhbar Utusan Malaysia atas faktor bahawa suatu tindakan bagi memecahkan hegemoni media perlu dilakukan demi kebaikan keseluruhan rakyat.
Kalau selama ini boikot hanya dilakukan oleh pihak awam, makakali ini penyertaan lima buah kerajaan negeri bersama seluruh agensidan anak-anak syarikatnya mungkin lebih berkesan.Isunya bukan soal keengganan pimpinan kerajaan negeri menerima kritikan akhbar, tetapi lebih kepada usaha memecahkan hegemoni media.Kejayaan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen dan memerintah lima negeri sedikit sebanyak telah memecahkan hegemoni politik dan ekonomi yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja. Bagaimanapun, usaha ini perlu diperluaskan bagi memecahkan hegemoni media yang menjadi punca kongkongan minda terhadap sebahagian besar rakyat terutama orang-orang Melayu di luar bandaryang mempunyai capaian terhad terhadap media alternatif.Saya percaya langkah ini perlu dan mesti dipertingkatkan dari masa kesemasa. Kita mengharapkan hasil daripada kempen ini ialah wujudnya kelonggaran terhadap kekangan Akta Penerbitan dan Percetakan terhadap industri media negara yang hanya menguntungkan syarikat media kroni seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan seumpamanya.

Saya sendiri tidak membeli akhbar Utusan Malaysia sejak lebih dua puluh tahun yang lepas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home