My Podium

Thursday, February 05, 2009

Perak jadi Republik Katak

Tindakan melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan sememangnya tidak bermoral. Apa bezanya, projek 16-Sep yang gagal dijayakan oleh Anwar dengan tindakan Najib mengokestrakan kejatuhan kerajaan negeri Perak, ada orang bertanya.

Kedua-duanya tidak bermoral. Pun begitu, Anwar telah berjanji bahawa sekiranya beliau berjaya membentuk kerajaan di peringkat pusat beliau akan membubarkan parlimen sebaik sahaja beberapa akta dapat diluluskan bagi menjamin hak rakyat terpelihara. Diantara akta yang disebut-sebut akan dipinda atau dihapuskan ialah seperti ISA, AUKU, Akta Pilihanraya, Akta Penerbitan & Percetakan, OSA, dan seumpamanya.

Beliau berjanji akan mengembalikan semula kepada rakyat setelah reformasi asas ini berjaya dilaksanakan tanpa perlu menunggu tamat penggal pemerintahan.

Di Perak, Najib tidak ada apa-apa agenda untuk rakyat dan tidak pula nampak sebarang kesediaan untuk mengembalikan kepada rakyat. Yang jelas kelihatan adalah keserakahan, dan keperbudakan politik melampau. Ini politik murahan paling meloyakan di abad ini.

Saya masih boleh terima sekiranya pertukaran parti di kalangan ADUN berlaku secara jujur. Tapi, dalam drama di Perak, tidak ada langsung nampak unsur-unsur "honest defection". Yang kelihatan jelas ialah unsur-unsur "foul play" yang mungkin melibatkan rasuah mahupun ugutan. Kalau inilah yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan BN di Perak, maka kesahan kerajaan ini akan terus dipertikaikan.

Apakah daya...ini adalah pilihan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan. Daulat Tuanku!!!! Sedihnya Aku!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home