My Podium

Thursday, November 05, 2009

Divisive “Islamists”?


 

Islam was the main factor that unified various factions of Afghan mujahideens in their quest to oust Soviet occupation during more than a decade of Afghan war. Almost immediately after the retreat of Soviet army, the “Islamists” turned their weapons against each other. They became hopelessly divided and lacked coherence in managing their differences. Their government collapsed. The result is clear; Afghanistan is still a failed state to this day. The blood of the Mujahideens, looking from the worldly point of view, has gone in vain, in the hands of their own political leaders.

 

Islam adalah faktor utama yang menyatukan perbagai aliran dikalangan kumpulan Mujahidin Afghanistan di dalam perjuangan mereka menentang pendudukan Soviet selama lebih sepuluh tahun peperangan di Afghanistan. Sebaik sahaja tentera Soviet berundur, golongan pejuang Islam mula menggunakan senjata mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Mereka berpecah teruk dan tidak mampu menguruskan perbezaan mereka. Kerajaan Mujahidin akhirnya tumbang. Akibatnya sangat jelas dimana Afghanistan masih menjadi sebuah negara yang gagal serba serbi hingga ke hari ini. Dari perspektif duniawi, seolah-olahnya, darah para mujahidin hanya disia-siakan sahaja oleh pemimpin-pemimpin politik mereka sendiri.

 

In Somalia, the “Islamists” once created a political force to be reckoned under Islamic Court Union. They ruled Somalia, established order and presided over economic development, albeit briefly. Soon after, various factions took different political approaches. The differences quickly turned into hatred and enmity, resulting in “Islamists” firing their guns against each other. The political divides of the main factions are actually all dominated by the “Islamists” who at a time fought together, but they are now bitterly rivaling each other. Worse still, they are happily inflicting damages on each others.

 

Di Somalia, golongan Islam pernah menjadi kuasa politik yang berpengaruh di bawah kumpulan Islamic Court Union (ICU). Mereka berjaya mengembalikan keamanan dan meningkat aktiviti ekonomi dalam tempuh pemerintahan yang singkat. Selepas, kumpulan-kumpulan yang bernaung di bawah ICU mula mengambil pendekatan politik yang berbeza dan berbalah sesama sendiri. Perbalahan ini kemudiannya menjadi kebencian dan permusuhan, berakhir dengan golongan Islam menghalakan senjata mereka ke arah satu sama lain. Padahal pihak-pihak utama yang bertelagah dalam konflik politik Somalia sekarang didominasikan oleh golongan Islam yang pernah berjuang bersama tetapi sekarang mereka masing-masing berusaha keras menjatuhkan satu sama lain. Lebih menyedihkan mereka dilihat gembira memusnahkan satu sama lain.

 

In Iraq, the “Islamists” of various factions had blood on their hands. Those gruesome pictures of dilapidated bodies scattered on the ground lately are mostly the handiwork of the so-called “Islamists”.

 

Di Iraq, perbagai golongan Islam yang bertelagah banyak melakukan pembunuhan. Gambar-gambar ngeri dimana tubuh-tubuh yang berkecai bertaburan di atas tanah sejak kebelakangan ini dilihat sebagai hasil kerja kumpulan-kumpulan yang mengaku memperjuangankan Islam.

 

Each group considers itself as the true Islamist and any faction opposing - or even disagreeing with - them as the enemy of Islam. In the end of the equation, we will have as many “true Islamist” as the “enemy of Islam”.

 

Setiap kumpulan melihat diri mereka sebagai golongan yang memperjuangkan Islam yang sebenar dan pihak yang menentang mereka – malah juga yang tidak sependapat dengan mereka – sebagai musuh Islam. Akhirnya, golongan “Islam Sebenar” dan “musuh Islam” sama banyak kerana sebenarnya mereka adalah orang-orang  yang sama, tetapi dilihat dari perspektif yang berbeza.

 

The time has now arrived that an “Islamist” would call another “Islamist” from different factions as the “enemy of Islam”. The game of name calling has become more convenient to all who want to get into play. “They are liars… apostates… infidels… munafiqs… traitors… kaafirs!”, the shouting and the name calling matches continued with added intensity each time they surface in public. All are done in the name of defending Islam and pursuing the course of Islam. Various hadiths and Quranic verses were then quoted by each of them to justify their position.

 

Sekarang ini, “golongan Islam” akan memanggil “golongan Islam” dari aliran atau kelompok yang bertentangan sebagai “musuh Islam”. Masing-masing dengan mudah akan mencaci orang lain. “Mereka pembohong…murtad…syirik…munafik… pengkhianat… kafir!” apa saja cacian akan terus dihamburkan di hadapan umum. Semunya dibuat kononnya sebagai terpaksa demi mempertahankan Islam. Pelbagai hadith dan ayat Quran juga dipetik sewenangnya bagi mengukuhkann hujjah dan pandangan masing-masing.

 

Islam which is supposed to be the backbone of unity has been turned as the backbone of divisive elements in society – and even among the various groups of Islamists.

 

Islam yang seharusnya menjadi tulang belakang kesatuan di kalangan para  pendokong telah ditukarkan menjadi elemen yang memecahkan masyarakat – dan malah di kalangan pelbagai kelompok Islam sendiri.

 

Ideologically Islamists are aspirants grandeur. They must eventually rule the nation with the banner of Islam and accept nothing less than that. The Islamists want to rule the world on the maxim – iqaamatud diin wa siyasatud dunya bih. If they must engage in power sharing with non-Islamist, they must be made dominant and assume leadership. Even when they are in power sharing with other “Islamists”, each of these Islamist group would push for their dominance and supremacy upon others.

 

Secara ideologinya, golongan Islam adalah golongan beraspirasi agung serba hebat. Mereka mesti akhir menjadi kuasa pemerintah dengan berlandaskan Islam dan mereka tidak seharusnya berpuas hati selagi hasrat ini tidak tercapai. Golongan Islam mahu memerintah dunia di atas prinsip  – iqaamatud diin wa siyasatud dunya bih. Sekiranya mereka perlu berkongsi kuasa dengan golongan lain, mereka mestilah menjadi golongan dominan dan  memimpin. Malah sekiranya mereka berkongsi kuasa dengan kelompok-kelompok Islam yang pelbagai aliran sekalipun, setiap kelompok akan berkeras bahawa merekalah yang sepatutnya mendominasikan perkongsian tersebut.

 

There is nothing wrong in being aspirants grandeur as such, as long as we earn the prestige through legitimate and fair play means. In fact, we should strive with our best efforts to realize the dream in putting Islam in its deserved position. The problem is when our efforts, capability and performance don’t match with our aspiration, which sometimes makes us tend to employ coercion and deceitful attitudes to secure dominance over others.  This attitude could spell disaster. With this damaging attitudes, people start to wonder what would happen if the Islamists rule the world. Would the whole world become vindictive and bloody battle grounds among Islamist of different factions? If Afghanistan, Somalia, and Iraq experience are to be set as precedence, then Islamists as they are now, don’t bring much hope to the world.

 

Tidak ada salahnya menjadi golongan yang beraspirasi agung serba hebat sekiranya kita mencapai kehebatan itu melalui keadah yang diperakui sah, benar, dan adil. Malah sebenarnya kita wajib berusaha melakukan yang terbaik bagi meletakkan kedudukan Islam di tempatnya yang penuh kemuliaan. Masalahnya ialah apabila usaha, keupayaan, dan pencapaian kita tidak setanding dengan aspirasi kita, maka kita mula menggunakan kaedah paksaan dan tipu helah untuk mendominasikan kelompok kita ke atas yang lain. Sikap ini bakal mengundang kehancuran. Dengan sikap ini, masyarakat akan merasa curiga apa akan jadi sekiranya golongan Islam benar-benar memerintah dunia. Apakah dunia ini seluruhnya akan menjadi medan perang berdarah dan penuh kesumat di kalangan kelompok-kelompok golongan Islam bagi menguasai yang lain?Sekiranya keadaan di Afghanistan, Somalia, dan Iraq mahu dijadikan contoh, maka golongan Islam yang ada sekarang tidak membawa banyak harapan kepada dunia.

 

Some of us may have mistakenly interpret our association with Islamic movement. Some of us think, since Islam is great and we work for Islam, then we must be made supreme. I think we need to rotate this perspective. Since we work for Islam and Islam is great, we must match ourselves with the greatness of Islam in all respects. Is Islamists being divisive and vindictive reflecting the greatness of Islam? We have our ownselves to answer such question.

 

Di kalangan kita, mungkin ada yang tersilap menafsirkan penglibatan mereka dengan Gerakan Islam. Mereka fikir, Oleh kerana Islam itu agung dan mereka pula berjuang untuk Islam, maka mereka juga berhak dianggap tinggi dan mulia. Saya pula berfikir, perspektif ini perlu diubahsuai. Seharus kita melihat bahawa oleh kerana kita berjuang Islam, dan Islam itu hebat dan mulia, maka kita mesti menjadikan diri kita golongan yang hebat dan mulia dari semua sudut sepertimana agung dan mulianya Islam itu sendiri. Apakah perbalahan dan dendam kesumat di kalangan kelompok-kelompok golongan Islam yang pelbagai mencerminkan kehebatan dan kemulian Islam? Kita sendirilah yang perlu menjawab persoalan ini.

 

An eye for an eye could make the whole world blind! Islam being a compassionate religion should bring enough compassion to the hearts of the Islamists. How not to turn our differences into enmity and how not to mould suspicions into solid hatred are among the skill sets to be ingrained among Islamists, world over.

 

Pepatah Inggeris menyebut sekiranya setiap kekejaman dibalas dengan kekejaman, maka seluruh dunia akan musnah. Islam sebagai satu ajaran yang menganjurkan sikap kasihan belas seharusnya menyemai rasa kasih dan belas sesama golongan Islam. Bagaimana untuk tidak menjadikan perbezaan kita sebagai permusuhan dan bagaimana untuk tidak mengacu prasangka menjadi kebencian mengkal adalah diantara kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan golongan Islam.

 

When a companion, Khatib ibn Abi Baltaah (RA), was found guilty in trying to leak secret information to his family in Makkah, some companions suggested that he should be killed for treason. Surely, there were enough facts, witnesses and hard evidence for this serious wrongdoing. In fact, there is Quranic verse that condemns this action. But, the Prophet (SAW) did not take a single or a few acts of guilt to be the sole basis for the Prophet’s judgment. There were times when compassion and understanding of circumstantial issues got the better of his judgment. He gave the benefits of doubt fully to the advantage of Khatib (RA) since he was among the committed and respected companions who fought all the battles with the Prophet (SAW) including the Battle of Badr.

 

Apabila seorang sahabat Nabi, Khatib ibn Abi Baltaah, didapati melakukan kesalahan kerana membocorkan rahsia misi penaklukan Makkah kepada keluarganya di Makkah, terdapat para sahabat yang mahu membunuhnya atas kesalahan pengkhianatan. Sememangnya ada bukti dan saksi yang jelas terhadap kesalahanyang dilakukan. Malah terdapat ayat Quran yang mengutuk perlakuan tersebut. Tetapi, Ar-Rasul (SAW) tidak menjadikan perlakuan terpencil ini sebagai satu-satunya asas untuk menjatuhkan hukuman. Adakalanya, perasaan belas dan kefahaman terhadap isu persekitaran yang berkaitan dijadikan pedoman di dalam membuat keputusan. Ar-Rasul(SAW) memberikan peluang yang berpihak kepada Khatib (RA) memandangkan beliau merupakan diantara para sahabat yang banyak pengorbanan dan turut serta berperang di dalam semua peperangan bersama Ar-Rasul (SAW) termasuk perang Badar.

 

It is too common that we Islamists draw conclusions and pass judgments on others without giving deep thought and understanding on the circumstantial issues. It is too common also that this callous attitude breeds division, hatred, and even enmity among us. Even when we are presented with facts and evidence, we must apply a more stringent control in drawing judgment and conclusion that could incriminate or tarnish the good name of others.

 

Seringkali golongan Islam membuat kesimpulan dan membuat penghukuman ke atas orang lain tanpa memikirkan secara mendalam terhadap kefahaman dalam isu-isu persekitaran yang berkaitan. Seringkali juga sikap cuai ini akhirnya membibitkan perpecahan, kebencian, dan malah permusuhan sesama kita. Walaupun mungkin kita dipersembahkan dengan beberapa fakta dan bukti, kita perlu juga membuat pertimbangan yang betul-betul teliti sebelum membuat keputusan atau kesimpulan yang boleh menjejaskan nama baik orang lain.

 

I remember Ustaz Hassan Shukri once told his experience in mediating disputes within PAS ranks. He said, “If a PAS man is in serious quarrel with another PAS man, the problem could only be resolved naturally, i.e.; when death comes to either or both.”

 

Saya teringat Ustaz Hassan Shukri pernah bercerita pengalamannya mendamaikan beberapa pertikaian di kalangan orang-orang PAS. Beliau berkata, “Kalau orang PAS gaduh dengan orang PAS, biasanya hanya boleh betul-betul selesai bila ajal menjemput salah sorang atau keduanya sekali.”

 

Of course, what Ustaz Hassan told us may not be representing all cases, but at least that was the prevalent perception through his long and arduous involvement in PAS organization. If this is true, then we must ask ourselves whether or not we actually live up to Islamic values in the way we interact with each others in our organization. Have we had not enough compassions, goodwill, forgiveness, grace, husnuz dzan, and loves among us? What has made us to be so unforgiving?

 

Apa yang disebutkan oleh Ustaz Hassan pastinya tidak mewakili semua kes dalaman PAS, tetapi sekurang-kurangnya itulah gambaran yang jelas yang diperolehinya dari pengalaman yang lama dan berliku sepanjang penglibatannya di dalam organisasi PAS. Kalau gambaran ini benar, kita perlu bertanya diri samada kita telah benar-benar menghayati nilai-nilai Islam di dalam menjalinkan hubungan kemanusiaan sesama kita di dalam organisasi. Apakah kita masih belum cukup rasa belas, ihsan, kemaafan, syukur, sangka baik, dan kecintaan di kalangan kita. Apa sebenarnya yang menyebabkan kita begitu keras hati?

 

PAS is reaching a stage it had never experienced before. It is now a component party of a larger coalition that governs several states. The political spectrum and equilibrium is becoming more sophisticated than ever before. Political decisions by top leadership are being bitterly contested, disputed and argued within and outside organization like never before. PAS is set to brace for a turbulence period in its political struggle. The stakes are of much bigger consequences. Thus, opinions would be presented in a much stronger and more determined tone and resentment to such opinions would also be done in a similar manner because of its perceived big consequences.

 

PAS sedang melalui satu tahap yang belum pernah dilalui sebelumnya. Ia sekarang merupakan satu komponen dari sabuah pakatan politik yang mentadbir beberapa negeri. Ruang dan pertimbang-taraan politik menjadi semakin rencam berbanding sebelumnya. Keputusan-keputusan politik yang dibuat oleh kepimpinan akan menjadikan semakin diperhatikan, diperdebatkan, dinilai dan juga dipertikaikan oleh bukan sahaja ahli-ahli, malah masyarakat umum juga. PAS akan berhadapan dengan suasana politik yang sentiasa tegang dan berkocak di dalam usaha melangsungkan perjuangannya. Kepentingan dan kesan sesuatu tindakan oleh PAS bakal memberi kesan yang lebih besar terhadap individu mahupun kelompok. Maka itu, individu dan kelompok terbabit akan memastikan pandangannya dan kepentingannya diberi perhatian sewajarnya oleh PAS melalui cara yang lebih kuat dan bersungguh-sungguh. Percanggahan terhadap sesuatu pandangan dan kepentingan juga akan dibuat dengan intensiti yang sama. Semuanya ini ialah kerana masing-masing merasakan keputusan PAS secara keseluruhannya akan menimbulkan kesan yang besar terhadap kepentingan dan aspirasi mereka.

 

Emotion could run high in between these arguments and disputes. It takes big hearts to concede loss peacefully when things finally being decided not to their favor. The less intelligent factions would turn their frustration into more violent protest within the organization and start to create factions and frictions. This small fire will eventually burst full blown before even the person who started it realizes. This was the similar kind of small fire that is now burning Afghanistan, Somalia, and Iraq.

 

Emosi mungkin tidak mampu dikawal ketika pertembungan dan percanggahan pandangan serta kepentingan ini dibincang dan diputuskan. Ia memerlukan jiwa yang besar untuk menerima kekalahan secara damai apabila keputusan akhirnya tidak menyebelahi mereka. Kelompok yang kurang bijak mungkin akan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya yang mana akhirnya wujud bibit perbalahan dan kelompok dalaman yang saling bertentangan. Api kecil ini sebenarnya amat bahaya jika tidak dikawal kerana ia akan boleh terus memusnahkan organisasi tanpa disedari dari awal oleh mereka yang memulakannya. Api jenis ini jugalah yang sedang membakar Afghanistan, Somalia, dan Iraq.

 

If PAS were to break apart, the rivaling factions from the party could turn political enmity to a new ugly shameful chapter. It will surely be much uglier than anything we ever saw. And all, unfortunately, would be done in the name of Islam.

 

Sekiranya PAS berpecah, kelompok-kelompok yang bertelagah boleh menjadikan pertelingkahan politik menjadi semakin buruk dan memalukan. Malah, ia mungkin jauh lebih buruk dari apa yang pernah kita lihat sebelum ini. Malangnya, sekiranya ini berlaku semuanya mendakwa ianya terpaksa dibuat atas nama perjuangan Islam.

 

Could it be that Ustaz Hassan is right that when this happens (may Allah forbid), the only way to resolve the issue would be when “death” comes to either or both factions.

 

Mungkinkah telahan Ustaz Hassan akan terbukti benar bahawa sekiranya perbalahan antara dua kelompok PAS ini berlaku (mohon Allah lindungi), hanya kedatangan “ajal” yang boleh menghentikannya.

 

Calling disputing and rivaling Islamists to return to Islamic teachings is certainly a bizarre thing to do. It is like offering a professional soccer player, who keeps missing his shoots, a lesson on basic ball-kicking skill. It just won’t do.

 

Mengajak golongan Islam yang bertelagah untuk kembali kepada Islam amat sukar dan pelik untuk dilakukan. Ianya semacam mahu mengajar pemain bola professional kemahiran asas menendang bola. Ia seperti mustahil untuk dilaksanakan.

 

What will do is for us to do what would keep us together and stronger, now. That will do!

Apa yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengekalkan kebersamaan dan kekuatan kita sekarang. Ia boleh dijayakan!

 

 

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home