My Podium

Thursday, July 26, 2007

Parti AK Turki menang besar.

Parti AK Turki menang besar meraih 46.7% undi dalam pilihanraya parlimen Turki pada 22 Julai lepas. Inilah kali pertama dalam tempoh lebih setengah abad, parti pemerintah dapat menambah undi yang didapatinya berbanding pilihanraya sebelumnya.

Saya tertarik kenyataan Recep Tayyib Erdogan di Istanbul selepas kemenangan partinya.

"Saya lebih mengenali Turki setelah melawat penduduk Turki dari satu bandar ke satu bandar di seluruh negara. Tidak ada sesiapa yang boleh mengaku mengetahui negara Turki dan orang Turki dengan hanya berada di Ankara sahaja" kata Erdogan.

Part AK juga adalah satu-satu parti yang menerima sokongan besar dari semua kalangan rakyat Turki samada dari sudut kedudukan sosial, geografi, mahupun etnik.

Rahsia parti AK ialah mudah. Mereka bertemu rakyat, mendengar keluhan rakyat, serta menyediakan penyelesaian kepada masalah rakyat tanpa mengira siapa mereka. Parti AK adalah parti yang benar-benar percaya bahawa kuasa sebenar datangnya dari rakyat. Maka,parti yang berjaya pastinya parti yang paling dekat dengan hati rakyat.