Referendum Hudud
Kenyataan Husam Musa berkenaan hasrat PAS untuk melaksanakan hukim hudud menjadi isu yang dimainkan semula oleh pihak media.
Jelasnya, isu ini adalah peluang terbaik untuk menimbulkan keretakan di dalam Pakatan Rakyat dan jentera media BN pasti tidak akan melepaskan peluang mempergunakan isu ini semahunya. Apatah lagi, pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah berada diambang pertembungan sengit antara UMNO dan PAS, antara BN dan Pakatan.
Soalnya, bagaimana boleh dilaksanakan hukum hudud di negara kita? Apakah perlaksanaan hukum hudud oleh PAS merupakan suatu tindakan mungkir janji PAS terhadap rakan-rakan gabungan dalam Pakatan?
Benar, perlaksanaan Hudud tidak ada dalam agenda Pakatan Rakyat. Pun begitu, tidak ada sesuatu yang jelas menghalang hasrat PAS untuk melaksanakan Hudud dalam konteks kerjasama di dala Pakatan.
Pakatan Rakyat bergerak di atas platform menegakkan keadilan, menyuburkan amalan demokrasi, menentang rasuah dan penyelewangan, serta mengukuhkan hak dan kedaulatan rakyat.
Apakah perlaksanaan hudud menyanggahi mana-mana prinsip di atas? Saya yakin perkara ini boleh dibincang secara tuntas dan bersama bagi mencapai kesimpulan yang “workable” untuk semua pihak.
Sefaham saya, perlaksanaan hudud boleh dilaksanakan tanpa tidak sedikitpun menyanggahi mana-mana prinsip yang menjadi tunjang kerjasama Pakatan Rakyat.
Sebagai contoh, bagi memperkukuhkan amalan demokrasi dan mengukuhkan hak rakyat, mana-mana negeri di Malaysia seharusnya dibenarkan membuat referendum bagi mendapatkan suara rakyat samada mereka memilih untuk diadili mengikut Hukum Jenayah Syariah ataupun mengekalkan sistem perundangan sivil sedia ada. Bagi rakyat bukan Islam juga mereka seharusnya diberi hak untuk memilih dan tidak ada paksaan ke atas mereka.
Jika rakyat negeri Kelantan, contohnya, secara bersama mahu hukum hudud dilaksaksanakan di negeri tersebut maka hasrat dan suara mereka perlu diraikan oleh kerajaan pusat. Menghalang perlaksanaan hukum jenayah syariah di dalam keadaan rakyat mahukan ianya dilaksanakan tentunya bercanggah dengan amalan demokrasi.
Model ini pernah dibuat di Nigeria. Pada mulanya, hanya dua negeri yang berjaya dalam referendum untuk melaksanakan hukum Hudud. Setelah dua tahun berlalu, dua belas negeri akhirnya juga berjaya mendaulatkan hukum jenayah syariah setelah rakyat di negeri-negeri tersebut mula yakin bahawa ianya jauh lebih baik berbanding undang-undang sivil. Adapun, di negeri-negeri yang majoriti penduduknya beragama Kristian hukum Hudud tidak dipaksakan. Semua ini berlaku ketika Presiden Nigeria waktu adalah seorang yang beragama Kristian.
Di Malaysia, isu perlaksanaan hukum jenayah syariah perlu diselesaikan secara bersama. Ia tidak boleh selamanya di sembunyikan di bawah karpet. Jalan penyelesaian terbaik ialah dengan mengembalikannya kepada rakyat, terutama di negeri yang majoritinya beragama Islam, melalui suatu referendum yang spesifik berkenaan dengan pelaksanaan Hukum Jenayah Syariah.
Bukankah Pakatan Rakyat mahu memperkasakan hak dan suara rakyat? Maka referendum ini adalah salah satu perkara yang boleh dilakukan.
Malah selain Hudud, kita juga boleh buat referendum berkenaan beberapa isu lain seperti ISA, AUKU, dan Akta Penerbitan dan Percetakan.